I'm a ROSE that can grow anywhere..heee

Friday, January 14, 2011

Abangku~~

Kali ni mau cerita pasal abang aku. Sebab apa aku cerita pasal beliau?Sebab beliau satu- satunya abang or nak lebih syahdu lagi beliau merupakan satu- satunya adik beradik aku di dunia ini..(kalau mu baca wahai abang babat,sila hayati ye :p)Kami ni dua beradik je.Bak kata ma abah bukannya plan nak 2 anak je tapi rezeki takat tu je.Lagipun ma abah dapat anak sepasang, abang babat dan aku!  Jadi bersyukur sangat dah tu.

Masa aku kecik- kecik,memang aku anti la sama abang babat ni.Pasal ape pun aku tau. Aku rasa menyirap je bila tengok muka dia. Mungkin masa kecik langsung tak matured plus aku dulu kedekut gila babeng. Disebabkan jarak umur antara kami agak jauh iaitu 4 taun lamanya, jadi minat kami tidak sama. Contohnya, abang aku dari dulu sampai sekarang memang gila bola,adat la kan..nama pun lelaki.Aku time tu masih layan patung- patung Barbie, main masak- masak dan yang sewaktu dengannya.Sekarang tidak lagi!

sape lagi ensem?
Haa..aku ingat lagi masa abang aku form 1 kalau tak silap, dia penah mintak nak pinjam warne.Katanya nak  wat folio. Tapi aku dulu memang kerek habis. Asal dia nak pinjam barang je,aku mula la melenting pastu tarik muka lama- lama.Kenapa aku kerek sangat dulu eh??Ni lah persoalan yang tak terjawab sampai sekarang. Mungkin dulu aku juara mewarna, asal ada pertandingan mewarna je, terpacak la muka aku kat situ. Bile jadi juara sokmo, kne act lebih sikit kan..gaga..

Abang aku ni boleh dikatakan genius la bagi aku.Aku geram plus jeles tengok dia.Tapi tak la khianat or dengki ke apa..abang sendiri bhai.Adik mana yang tak sayang abang..lagi pun dialah satu- satunya darah daging aku selain ma abah.Kami 2 beradik duduk asrama sejak form 1 lagi.Abang aku SHAH Pekan (Sek. Men Sains Sulttan Haji Ahmad Shah,Pekan) dan aku Mozac (Sek Men Sains Muzaffar Syah, Melaka.)Bila dah jadi penduduk asrama ni,lagilah susah mau gather sama-sama.Ini juga salah satu sebab kami agak renggang.Bila abang aku form 5,aku baru gedik- gedik nak masuk dunia sek menengah an.Tup tup abang aku  merantau pula.
serupa dop?


Kini,abang aku belajar kat oversea nun jauh di University Purdue,Inianapolis Westlafayette,USA.Tapi aku humble je.Aku saje malas pi sambung belajar kat oversea jugak an.Bukannya apa, aku tak mau la ma abah rindu kat kami berdua.Sekurang- kurangnya hujung minggu cuti sem dapat la aku pulang melawat ma abah.(ceh...padahal takde rezki mau fly,saje nak cover feeling..sedih wok!)

Walau bagaimanapun,semua sifat mazmumah dalam diri aku tadi hanyalah cerita dahulu kala.Aku dah tak kerek dah.Buat apa nak berkira dengan abang sendiri kan. Lagipun abang aku sikit pun tak penah berkire dengan aku.Nak dijadikan cerita, masa abang aku balik cuti tahun lepas, dia belikan aku Apple Ipod touch wooo..bapak terharu time tu.Speechless gile. Aku tak mintak pun benda-benda grand camtu..tapi baguslah sebab memahamikan.

Apa sebenarnya point aku karang cerita ni?Just nak cakap owang sayang mu wahai abang babat..geli dop?gaga..ni pengakuan sekali seumur hidup ni..len kali sendiri mau ingat la..

lawa jam derr..nak jugak! :p


Wednesday, January 12, 2011

Yeahhh...kembali melayan blOg~~

Assalamualaikum..Seronok woo kembali berblogger..ngee, sebenarnye blogku sebelum ni entah hilang ke mana.Malas nak mencari dah.So, senang cerita layan blog baru sudah~ Lagipun,kureng idea sikit mau menulis nih. Post pertama buat kali ini adalah tentang hidupku di Sem 2.Apa yang istimewa sangat tentang Sem 2 ni?Ha..ni nak habaq mai nih.Sem 2 membuatkan hidup aku tunggang langgang, memang tak terurus habislah. Mau saja tiap masa membilang hari untuk meninggalkan Sem 2( bajet cam azab sangat je Sem 2 ni kan) Tapi inilah yang aku rasa. Nak dijadikan cerita lah kan,masa aku plan nak cuti mid sem, aku boleh tak jadi balik rumah.  Fuh,memang la hilang beban lepas submit project  tapi ya ampoon penat bangat! Jadi aku telah menangguh cuti aku sehari dan pulang ke rumah tercinta dengan menaiki bas Bulan Restu keesokan harinya. Pada masa ni lah first time aku balik rumah naik bas sorang- sorang.Bangga dop? Barulah nampak aku berdikari sikit an.Mentang- mentang aku anak last semua orang nak cakap aku anak manja.Tapi hakikatnya, ma abah aku tidak pernah memanjakan kami adik- beradik.Sekali - sekala kami menggedik dekat ma abah adat la kan.


Berbalik kepada kisah aku di Sem 2 ni, subjek aku sem ni tidak la sebanyak sem lepas.Aku hanya layan 5 subjek je sem ni.Tapi subjek environMENTAL design (ed) dan Graphic Communication (gc) inilah yang membuatkan hidup aku kucar kacir.Haha..boleh ke salahkan 2 subjek ni?Hmm..ntahla,tapi bilik member aku depan pintu siap tampal kata- kata yang berbuyi "ED n GC why u not allow us to sleep??"..Bagi aku ayat ni sangat berie!!Cool sudah~ Mana taknye, kalau depa layan fb tak tidur pun takpa. Tapi bila kena korbankan masa untuk Ed   dan GC, tak sanggup pulak dan macam - macam alasan yang mereka bagi. Ngee,cakap orang je lebih padahal aku pun sama..gaga..sampai sini dulu ye, mau layan assignment...salam