I'm a ROSE that can grow anywhere..heee

Monday, April 25, 2011

Wa Rebah Lagi!


Assalamualaikum

Jam di tangan aku tepat menunjukkan pukul empat petang. Debaran di hatiku semakin kuat, terasa degupan jantung yang agak laju. Dup Dap Dup Dap!

Bukan hari ni ja aku rase macam ni. Sebenarnya sejak habis exam Mid Term hari tu lagi aku rase tak sedap hati.

Kebiasaannya, setiap kali exam aku ada sedikit rase cool tu tapi untuk kali ni  aku rase sejarah lepas berulang lagi!

Lima minit telah berlalu, dan Madam Zairila Juria iaitu lecturer yang ajau aku Statistics pun masok ke kelas. Wajah cerie beliau tidak langsung mengubah debaran dada aku.

Dan sejurus beliau memanggil no matric bernomborkan 2697 dan mengembalikan kertas exam Statistic Mid Term, benar- benar ternyata WA REBAH LAGI!

Korunk paham tak??

AKU REBAH! KECUNDANG!

Tyme ni aku istighfar banyak-banyak. Aku hanya mampu menjerit sekuat-kuatnya dalam hati. Air mata aku tak tertahan lagi. Tapi tak cool kalau aku juraikan saja air mata tu. Cukup Allah s.w.t dan aku saja tau perasaanku tika itu.

Nasi dah jadi bubur! Menangis air mata darah sekali pun tak berguna.

Aku rasa down gile tyme tu! Rase mau telefon saja mamaku, kerana wanita itu saja yang tau perasaan dan memahami diri ini. Tapi aku tak kuat. Biarlah tunggu sejam dua lagi untukku kumpulkan kekuatan tuk share resultku dengan ma abah.

Selepas solat Isyak aku pasang niat untuk call mama. Mase ni ak mesti cari port bek punye, sebab aku tau mesti banyak air mata aku yang akan tumpah ke bumi..ngee~

Aku sedar dan dapat bace formula diri aku. Aku tak boleh lalai sket. Bila ada cinta yang cube tembus kat dalam ati aku, pasti benda- benda macam ni terjadi. First, terasa ada hijab antara aku dan Sang Pencipta. Second, aku lalai dengan dunia. Third sebagai result dari kelalaian aku.. Outputnya, result aku jatuh!

INILAH AKU!

Result aku bukan jatuh sikit-sikit derrr.. tapi menjunam! Besau sangat jurangnye.




Benar sungguh kata- kata bahawa " Ilmu itu Nur.Dan Nur hanya akan tembus pada hati- hati yang bersih saja. Bagaimana hatiku? 

Tepuk dada kau Husna! Tanya sama iman.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah pengakhirannya. " Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tersebut berusaha merubah nasib mereka sendiri." Begitu juga aku.

Nasihat lembut mama menyerap lembut masok ke dalam hatiku. Kata-katanya sangat memberi semangat untuk aku bangun dan menempuh dua minggu mendatang untuk aku menduduki Final Exam yang akan menentukan banyak perkara dalam idop aku.

AKU TAK MAU REBAH LAGI!

Sungguh, sakit benar rasa itu!

"Ya Allah,bukalah hijab antara aku denganMu. Sungguh aku sedar aku jaoh darimu. Lame sungguh mata ini tak menitiskan air mata keranaMu Ya Allah. Aku hanya ingatMu Ya Allah tika aku susah. Tapi aku hanyut bila aku senang.Aku lupa padaMu Ya Allah.Ampunkan aku..Aku bersyukur kerana Kau masih sayangkan aku dengan memberi aku kesedaran untuk ku kembali mencari cintaMu."

Aku hanya ade 2 minggu lagi untuk pulun habis-habisan. Cover semua topik. Wahai Mr Statistic dan juga Mr Arabic..I wish both of u could love me like I do. Stay with me till the end. Dont leave me behind coz u'll break my heart badly.

dat i wuz damn depressed!!!!

aahhhh..itz hurt u noe..

itz kinda lyke wanna jump from a high tower..

so dat i could die on da spot..

huh..sad..gloomy Monday..=(

how could i face da fact dat i'm not da chosen one..????

tell me, mr. statistics...mr.arabic

pleaze...

bring me back my smile..

my happy dayz...

pleaze...............(-,-)



Sunday, April 24, 2011

The Beauty of Love

Grow old along with me!
The best is yet to be,

the last of life for which the first was made.





The question is asked,  " Is there anything more beautiful in life than a boy and a girl clasping clean hands and pure hearts in the path of marriage? Can there be anything more beautiful than young love?"

And the answer is given. "Yes, there is a more beautiful thing. It is the spectacle of an old man and an old woman finishing their journey together on that path. Their hands are gnarled, but still clasped, their faces are seamed, but still radiant, their hearts are physically bowed and tired, but still strong with love and devotion for one another. Yes, there is a more beautiful thing than young love. Old love."

Jika belum siap...Cintailah dalam diam

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..
kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...
ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

Saturday, April 23, 2011

Cili lagi ---> SARAWAK!

Berbalik kepada tajuk cili kita pada post yang lepas. Setelah dididik untuk makan cili sejak dalam kandungan cik mama, tabiat memakan cili aku semakin menjadi - jadi. Sudah lebih kurang 20 tahun aku layan cili. Bagi aku, kepuasan memakan cili tidak dapat digambarkan. Hanya yang memakannya saja dapat mendescribekan betapa nikmatnya cili. 



Pabila umurku meningkat remaja, aku gemar kepada masak memasak ni. Habis satu dapur aku conquer. Tapi yang peliknya aku hanya rajin memasak pabila tiada orang yang melihat aku, means bila tiada sesiapa di rumah aku akan menjalankan aktiviti- aktiviti tadi. 

Aku pun mulalah menyediakan bahan - bahan untuk hidangan istimewa pada hari tersebut. Segala bahan mentah seperti sotong, ayam dan berbagai- bagai lagi aku keluarkan dari Al Sulajah atau lebih dikenali sebagai peti sejuk dalam kalangan masyarakat melayu.


Saat aku bertukang di dapur, pelbagai aroma yang mempersonakan akan memenuhi ruang udara rumah. Sesiapa yang menghidunya akan jatuh cinta dan seolah- olah ada tarikan yang menaikkan selera mereka.

Ma abah aku la yang selalu menjadi mangsa. Selain itu, bagiku masakanku memang kebanyakannya basic dia ada cili padi.So kalau aku yang masak, lebih kurang satu genggam cili jugak aku masokkan dalam setiap masakan.Bagi yang tidak biase, mungkin ini akan menyebabkan mereka cirit birit. Tapi bagi perut- perut yang sudah imune, segenggam cili itu bukanlah menjadi masalah kepada mereka.

Kebiasaannya, bila cik mama sudah pulang dari pejabat, ada la satu due lauk yang telah berjaya aku sediakan. Antara lauk yang aku agak terer memasaknya adalah paprik. Cik mama penah la puji dua tiga kali pasai masakan aku. Tapi cik abah mungkin kurang berminat kerana antara ahli keluarga kami, cik abah la yang tak berapa gemar pedas- pedas ini. Bagi beliau, kepedasan cukuplah ala kadar saja. Tapi bagi aku, semakin pedas masakan itu, semakin nikmat rasenya. Inilah hypothesis yang aku berjaya cipta terhadap masakan aku.


paprik seafood

Walaubagaimanapun, aku pernah la masak lauk pajeri terung. Detik yang paling gembira bagi aku adalah pabila melihat cik mama dan cik abah makan dengan berseleranya, lagi-lagi pabila lauk-lauk tersebut aku masak. Itulah merupakan kepuasan yang tiada taranya.



Pajeri Terung

Akhir kalam, buat sahabat-sahabatku, kita kenalah berani memasak. Bantai saja, masak ni ikot hati. TAk usah takot-takot nak cube memasak. Adatlah kalau ada orang kutuk maskan kita. Jangan mudah putus asa dan jadikan segala kritikan atau kutukan itu sebagai pembakar semangat kita.

SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, April 20, 2011

Sejarah cili padi

Assalamualaikum.. Tibalah kali ini giliran aku bercerita pasai Cili Padi. Anda semua tau ka apa itu cili padi? Jangan pikir aku bengap sangat tanya soalan budak tadika macam ni.

Lagi satu , aku mintak ampon awai-awai kalau post ni mengantukkan. Al maklumlah title ak bubuh kat atas pun SEJARAH..Jadinya rasa mengantuk akan datang secara automatik pabila membaca perkataan tersebut. Kalau macam nilah mindset pasai sejarah, memang patut sangat aku tak score sejarah tyme SPM.


Mesti ada mulut- mulut busuk yang tertanye-tanye..Biau btoi Nadiatul Husna tu tak dapat A+ Sejarah tyme SPM??? Kalau ada yang macam ni, memang aku rasa nak bagi penampo laju-laju ja. Korunk tak usah expect aku tinggi-tinggi sangat derr..Aku manusia biasa yang ada jatuh naiknye juga.

macam ni la tamparan wanita


Berbalik semula tentang kisah cili padi tadi. Hmmm...mungkin ada orang memanggilnya sebagai  Sili dalam Bahasa Filipino, Huchu dalam bahasa Korea, Phrik dalam Bahasa Thailand (woo..patutla wujudnye nasi paprik dari perkataan cili gamaknye), mungkin juga Chiri bagi penduduk Japan dan lain-lain lagi.Sampai ceroh la kalau nak soh aku listkan semuanya.Cukup untungla aku ada listkan daripada tarak langsung.

Sejarah Cili Padi lama sudah bermule dalam hidupku.Semenjak aku dalam kandungan Puan Nora lagi aku sudah dididik untuk makan cili padi.Mana taknye,Puan Nora ni atau lebih famous dengan panggilan mama dalam kalangan anak-anaknye berasal dari Ngeri Sembilan.

Sudah pasti hidangan masak lomak cili api menjadi hidangan termasyhur di meja makan di setiap rumah orang nogori. Kalau takdo tak sah la jawab ea.. Meh aku kasi korunk kecur air liur sket na..

daging masak lomak cili api

siput sOdut masak lomak cili api

nangko mudo masak lomak cili api

udang masak lomak cili api dengan robung

Haaaa...amacam ade terkeluar anak tekak tak?? Aku pun kecur air liur dok tulis post ni. Tapi rasenye korunk takde feel kowt coz ramai sangat meber-member aku takot cili. Apa yang ditakotkan sangat aku pun tak tau. Plus ramai sangat dok ejek-ejek aku makan cili. Meh aku kasi korunk satu perumpamaan sket tentang cili. 

Aku boleh diibaratkan makan tak kenyang tanpa cili, mandi tak basah, tidur tak lena, kencing tak lawas, senyum terpaksa dan lain-lain fenomena lagi. Korunk tak kenai lagi penangan cili.Dah knai baru tau.


Wanita diatas nilah merupakan salah seorang sahabat aku yang kutuk aku makan cili padi. Cukuplah kenali dia dengan panggilan Odah atau lebih ringkas lagi dengan panggilan Od.

Dia ni cakap kencang.Sembang torpedo dengan aku siap bagi fakta yang cili ni boleh buat kita jadi bebal! Haha..mungkin btoi, aku tak kata salah dan aku tak teringin pun nak jalankan research pasai statement tu.

Sebab takot-takot kalau statement tu btoi, ak jadi rasa bersalah untuk makan cili.Mana boleh jadi! Cili sudah sebati dalam hidupku. Sudah tidak boleh dipisahkan lagi! 

Tapi part paling chumilll adalah pabila si Odah ni pun dah terikot-ikot aku makan cili. Seperti keropok dimakannya cili-cili yang bertandang ke dalam hidangannya.Part ni aku nak gelak sakan, 

kahkahkahkahkahkah!

So, pengajaran post kali ni adalah jangan sesekali sembang torpedo dengan kengkawan kerana takot- takot diri kita sendiri rebah! Besederhana sudah cukup..

p/s: sejarah cili padi akan bersambung pada hari-hari yang mendatang..insya Allah

Setelah Berbulan Lamenye~

Lame bangat gue tak melayan blog.Hoho..ramai jugak yang bertanye awat aku lama tak update blog?Frankly speaking..aku malas!

Tapi hari ini dalam sejarah,aku gemar plop melayan blog.Mungkin sebab gambar baby yg chumill bangat atas ni dah cukup mendescribekan perasan aku la ni.BOSAN yang amat!

Kalau orang tua-tua selalu ja cakap,budak-budak zaman skunk dalam hidup depa asik BOSAN@BORING ja memanjang.Macam la takda kerja lain mau layan...

Tapi selama Sem 3 aku hidup kat bumi CFS ni, memang rasa nak balik rumah tercinta pada tiap hujung minggu.Bukannya aku MANJA bagai nak gedik-gedik balik rumah tiap minggu tapi hati ni dok teringat rumah jah.Jangan tanya aku kenapa!Sebab standard la bila umur nak cecah 20 ni,hati jadi sayu semacam.

macam ni la aku rasa


Nak dipanjangkan lagi cerita, aku dok asik teringat ma abah ja.Plus,tiap malam time nak makan dinner kat Uia ni ha..mesti masakan Cik Puan Nora dok terbayang-bayang dalam ingatan.Puan Nora masak sangat style.Memang fitrahla kan semua orang suka masakan mak pak dia.Aku pun sama!

Tapi yang paling aku suka sangat bab masakan ma aku ni adalah sebab....

Sebab...

Sebab...

AL FULFUL..
ngee~

mesti dok tanye fulful tu binatang ape?Aku saje nak bajet kecek Arab sket..walaupun mid sem arab ak markah agak cikai tapi aku bersyukur sebab tak gagal..

Jangan salah paham.Statement atas ni tidak bermakne aku tak minat arab..Aku cinta Arab sangat-sangat. Cuma cinta aku tak cukup kukuh lagi gamaknye.

Berbalik kepada Al-FULFUL..

FULFUL adalah...

Cili padi..

Ana uhibu Al Fulful..

Lain hari aku cerita awat cili sangat penting dalam hidup ak ye.Buat masa ni cukuplah tau yang ak penggemar cili padi sangat-sangat.

 Post ni saja jah sebagai warm up untuk aku kembali layan blog.

Akhir kalam..tanpa cili kuruslah aku..