I'm a ROSE that can grow anywhere..heee

Saturday, April 23, 2011

Cili lagi ---> SARAWAK!

Berbalik kepada tajuk cili kita pada post yang lepas. Setelah dididik untuk makan cili sejak dalam kandungan cik mama, tabiat memakan cili aku semakin menjadi - jadi. Sudah lebih kurang 20 tahun aku layan cili. Bagi aku, kepuasan memakan cili tidak dapat digambarkan. Hanya yang memakannya saja dapat mendescribekan betapa nikmatnya cili. 



Pabila umurku meningkat remaja, aku gemar kepada masak memasak ni. Habis satu dapur aku conquer. Tapi yang peliknya aku hanya rajin memasak pabila tiada orang yang melihat aku, means bila tiada sesiapa di rumah aku akan menjalankan aktiviti- aktiviti tadi. 

Aku pun mulalah menyediakan bahan - bahan untuk hidangan istimewa pada hari tersebut. Segala bahan mentah seperti sotong, ayam dan berbagai- bagai lagi aku keluarkan dari Al Sulajah atau lebih dikenali sebagai peti sejuk dalam kalangan masyarakat melayu.


Saat aku bertukang di dapur, pelbagai aroma yang mempersonakan akan memenuhi ruang udara rumah. Sesiapa yang menghidunya akan jatuh cinta dan seolah- olah ada tarikan yang menaikkan selera mereka.

Ma abah aku la yang selalu menjadi mangsa. Selain itu, bagiku masakanku memang kebanyakannya basic dia ada cili padi.So kalau aku yang masak, lebih kurang satu genggam cili jugak aku masokkan dalam setiap masakan.Bagi yang tidak biase, mungkin ini akan menyebabkan mereka cirit birit. Tapi bagi perut- perut yang sudah imune, segenggam cili itu bukanlah menjadi masalah kepada mereka.

Kebiasaannya, bila cik mama sudah pulang dari pejabat, ada la satu due lauk yang telah berjaya aku sediakan. Antara lauk yang aku agak terer memasaknya adalah paprik. Cik mama penah la puji dua tiga kali pasai masakan aku. Tapi cik abah mungkin kurang berminat kerana antara ahli keluarga kami, cik abah la yang tak berapa gemar pedas- pedas ini. Bagi beliau, kepedasan cukuplah ala kadar saja. Tapi bagi aku, semakin pedas masakan itu, semakin nikmat rasenya. Inilah hypothesis yang aku berjaya cipta terhadap masakan aku.


paprik seafood

Walaubagaimanapun, aku pernah la masak lauk pajeri terung. Detik yang paling gembira bagi aku adalah pabila melihat cik mama dan cik abah makan dengan berseleranya, lagi-lagi pabila lauk-lauk tersebut aku masak. Itulah merupakan kepuasan yang tiada taranya.



Pajeri Terung

Akhir kalam, buat sahabat-sahabatku, kita kenalah berani memasak. Bantai saja, masak ni ikot hati. TAk usah takot-takot nak cube memasak. Adatlah kalau ada orang kutuk maskan kita. Jangan mudah putus asa dan jadikan segala kritikan atau kutukan itu sebagai pembakar semangat kita.

SELAMAT MENCUBA!


2 comments: