I'm a ROSE that can grow anywhere..heee

Wednesday, April 20, 2011

Sejarah cili padi

Assalamualaikum.. Tibalah kali ini giliran aku bercerita pasai Cili Padi. Anda semua tau ka apa itu cili padi? Jangan pikir aku bengap sangat tanya soalan budak tadika macam ni.

Lagi satu , aku mintak ampon awai-awai kalau post ni mengantukkan. Al maklumlah title ak bubuh kat atas pun SEJARAH..Jadinya rasa mengantuk akan datang secara automatik pabila membaca perkataan tersebut. Kalau macam nilah mindset pasai sejarah, memang patut sangat aku tak score sejarah tyme SPM.


Mesti ada mulut- mulut busuk yang tertanye-tanye..Biau btoi Nadiatul Husna tu tak dapat A+ Sejarah tyme SPM??? Kalau ada yang macam ni, memang aku rasa nak bagi penampo laju-laju ja. Korunk tak usah expect aku tinggi-tinggi sangat derr..Aku manusia biasa yang ada jatuh naiknye juga.

macam ni la tamparan wanita


Berbalik semula tentang kisah cili padi tadi. Hmmm...mungkin ada orang memanggilnya sebagai  Sili dalam Bahasa Filipino, Huchu dalam bahasa Korea, Phrik dalam Bahasa Thailand (woo..patutla wujudnye nasi paprik dari perkataan cili gamaknye), mungkin juga Chiri bagi penduduk Japan dan lain-lain lagi.Sampai ceroh la kalau nak soh aku listkan semuanya.Cukup untungla aku ada listkan daripada tarak langsung.

Sejarah Cili Padi lama sudah bermule dalam hidupku.Semenjak aku dalam kandungan Puan Nora lagi aku sudah dididik untuk makan cili padi.Mana taknye,Puan Nora ni atau lebih famous dengan panggilan mama dalam kalangan anak-anaknye berasal dari Ngeri Sembilan.

Sudah pasti hidangan masak lomak cili api menjadi hidangan termasyhur di meja makan di setiap rumah orang nogori. Kalau takdo tak sah la jawab ea.. Meh aku kasi korunk kecur air liur sket na..

daging masak lomak cili api

siput sOdut masak lomak cili api

nangko mudo masak lomak cili api

udang masak lomak cili api dengan robung

Haaaa...amacam ade terkeluar anak tekak tak?? Aku pun kecur air liur dok tulis post ni. Tapi rasenye korunk takde feel kowt coz ramai sangat meber-member aku takot cili. Apa yang ditakotkan sangat aku pun tak tau. Plus ramai sangat dok ejek-ejek aku makan cili. Meh aku kasi korunk satu perumpamaan sket tentang cili. 

Aku boleh diibaratkan makan tak kenyang tanpa cili, mandi tak basah, tidur tak lena, kencing tak lawas, senyum terpaksa dan lain-lain fenomena lagi. Korunk tak kenai lagi penangan cili.Dah knai baru tau.


Wanita diatas nilah merupakan salah seorang sahabat aku yang kutuk aku makan cili padi. Cukuplah kenali dia dengan panggilan Odah atau lebih ringkas lagi dengan panggilan Od.

Dia ni cakap kencang.Sembang torpedo dengan aku siap bagi fakta yang cili ni boleh buat kita jadi bebal! Haha..mungkin btoi, aku tak kata salah dan aku tak teringin pun nak jalankan research pasai statement tu.

Sebab takot-takot kalau statement tu btoi, ak jadi rasa bersalah untuk makan cili.Mana boleh jadi! Cili sudah sebati dalam hidupku. Sudah tidak boleh dipisahkan lagi! 

Tapi part paling chumilll adalah pabila si Odah ni pun dah terikot-ikot aku makan cili. Seperti keropok dimakannya cili-cili yang bertandang ke dalam hidangannya.Part ni aku nak gelak sakan, 

kahkahkahkahkahkah!

So, pengajaran post kali ni adalah jangan sesekali sembang torpedo dengan kengkawan kerana takot- takot diri kita sendiri rebah! Besederhana sudah cukup..

p/s: sejarah cili padi akan bersambung pada hari-hari yang mendatang..insya Allah

2 comments:

  1. ceissss!!!..mne der org suke cili..org mkn kadg2 je taw!

    ReplyDelete
  2. usah menipu~~lps kne mrh dgn ayah awok br la jrg2 memakannye

    ReplyDelete