I'm a ROSE that can grow anywhere..heee

Monday, July 4, 2011

cuti oh cuti

Assalamualaikum..

Lama aku menghilang. Memang takda orang kesah pun aku update ke tak blog usang ni. Tapi sekadar untuk kepuasan diri sendiri. Hmm..

CUTI YANG PANJANG..

Macam-macam boleh wat kalau cuti sampai 3/4 bulan..aku plan bek punye tok cuti ni.Siap ada perancangan yang teliti lagi. Buktinya, kat bilik tidur aku ada tampal plan atau lebih dikenali sebagai visi dan misi cuti aku. Aku tak mau la cuti aku ni sia-sia.Bak kata orang dok menghabiskan beras je dok uma.

Tapi aku agak dissapointed jugak dengan diri sendiri coz aku tak gave my words. Banyak yang aku plan bagai angin keluar asap. Tu part paling kejam aku wat kat diri aku.



Kawan- kawan aku mesti smua dok cari kerja, gaji masuk tiap bulan. Tapi mak pak aku tak kasi kerja, depa soh aku dok uma jadi suri rumah sepenuh masa dalam masa 3 bulan ni. Aku on je sebab aku memang kaki bangon lambat jugak. Lepas subuh mesti aku lentok balik. Ni perangai burok aku. Perangai ni pun ada dalam list aku untuk berubah tapi masih ditakuk lama buat masa ini.

Bila aku pikir-pikir balik, memang eloklah aku dok uma. Aku pun jarang balik uma. So aku nak guna masa yang ada ni untuk balas jasa mak pak aku.Kemas rumah,masak tok depa..pendek kata semua keje rumah aku nak settlekan dengan tip top! Kalau boleh aku tak mau mak ak sentuh sikit pun kerja rumah lepas balik kerja.Memang nak kasi beliau rest cukup-cukup dan rasa aku sudah dewasa dan matang untuk menguruskan hal-hal rumah tangga ni.

Tapi..misi aku ni masih tak berjaya jugak. Mak aku jenis yang kaw-kaw rajin. Susah jumpe seorang wanita berkejaya macam beliau. Aku tabik sprinnnnnnnnnnng kat mak aku! She's the best MOM in the world. Sebab ape aku cakap lagu ni?? Coz lepas balik kerja beliau boleh tros pi dapur masak, walaupun aku dah masak 2/3 lauk pauk. Malam pulak beliau boleh layan lipat baju,basuh baju,gosok baju dan lain- lain. Rumah kami memang clean la dibuatnya.

Kadang- kadang bila aku dengau je kereta mak aku pulang dari pejabat, aku jadi kelam kabut. Haha.. tak tau pasai apa tapi yang pasti mesti aku dok pastikan uma dalam keadaan teratur. Aku tak mau aihh dengau mak aku berleteq dan panas hati melihat keadaan rumah yang bukan dalam 'istilah' atau lebih tepat "kamus hidup"mak aku. Hee..so bukan setakat aku dan abang aku je takot buat sepah. Bapak aku pun sama, takkan brani beliau buat sepah. Kalau buat sepah pun, lepas kena sound skali dengan mak aku, time tu jugak kami kemas. Tak mau cari pasai aihhhh..hehe..

No comments:

Post a Comment